https://www.facebook.com/SweettouchCollectionsShoppe?ref=tn_tnmn#!/SweettouchCollectionsShoppe

PELAWAT STC

Ahad, 21 Julai 2013

Kek Karemel

♥Assalamualaikum♥

Yup..entry kali ni ttg kek karemel..
 ramai yg mntk resepi malangnya sy x smpt nk msj sorg2 resepinya..jd sy postkn di sini so sume org leh cuba buat..resepinya x ssh cuma byk step nk kna buat..
niway..special thanks 2 my craft colleague Ayen ats tunjuk ajar dan kongsi2 resepi dgn akk slama ni..yeayy..hehe..
k stop membebel..ni resepi Kek Karemel 



Kek Karemel
 Bahagian A (gula hangus)
2 sudu besar gula halus (bole jgk guna gula biasa..cuma yg halus cpt sket cair) 
**panaskn bekas utk membuat kek dgn api sederhana (sy guna bekas periuk kecik saiz 18cm)
**msukkn gula td di tgh2 bahagian bekas tersebut
**biarkn cair dan smpai perang
**x perlu di kacau @ di tambah air
**sekiranya dah cair keselurahannya bole ratakn ke seluruh pan tersebut (buat pantas sbb air gula cpt mengeras)
**tutup api dan biarkn sejuk (bila ianya menyejuk ia akn bunyi spt kaca pecah)





6 biji telur (gred B)
**asingkan telur putih dan kuning (jgn bercampur kuning dan putih walau setitik pn)
 **sediakn 3 bekas utk:
Bahagian B (karemel) : 3 biji kuning    
Bahagian C (kek) : 3 biji kuning
Bahagian D (meringue) : 6 biji putih


 Bahagian B (karemel)
 3 kuning telur
70gm Gula halus (kastor)
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu cair @ fresh milk (dutch lady)
**kacau perlahan - lahan hingga sebati (jgn smpai berbuih)
**msukkn adunan karemel ke dlm bekas gula hangus td..sekiranya ade bunyi spt gelas pecah abaikan..msukkn sehingga habis dan ketepikan dahulu.

   
Bahagian C (kek)
3 kuning telur
135ml air
45ml myk jagung (xde mnyk msk pn xpe)
70gm gula kastor
140gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder)
**pukul kuning telur, air, dan mnyk jagung dgn kelajuan max.
** bila nmpk pekat barulah msukkn gula. Pukul lg sehingga pekat.
** msukkn tepung yg tlh diayak bersama baking power ke dlm adunan td..x perlu pukul juz kacau guna senduk..msukkn sedikit demi sedikit.
**ltk kn di tepi 


Bahagian D (meringue)
6 putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon (lau xde limau nipis @ kasturi pn bole)
**pukul pd kelajuan max.
**sekiranya guna tgn pastikn pukul kuat sehingga ianya menjadi putih dan pekat..
**utk mengetahui meringue kita ni jd ke x..stlh siap pukul cuba angkat bekas meringue dan terbalikkn..tahan selama 10 saat..sekiranya adunan itu tidah jatuh @ meleleh maka jadi la meringue tu..
**campurkn adunan meringue ke dlm adunan kek td. Kacau rata


**dah siap asing kn lah campuran meringue dan kek td kpd beberapa bahagian (ikut citarasa anda nk brp color)
**msukkan perwarna yg anda suka ke dlm stiap bekas yg berlainan
**lapiskn lah ikut color yg anda suka ke dlm bekas campuran karemel dan gula hangus td (jgn bimbang..sekiranya meringue anda jd adunan kek akn terapung)
**contoh: bahagikn 4 bahagian utk  hijau, pepel, biru, pink. Mulakn dgn 4 sudu besar color hijau, 4 sudu besar color pepel,
4 sudu besar color biru,  4 sudu besar color pink.
Slps itu ulang lg  dgn 3 sudu besar color hijau, 3 sudu besar color pepel, 3sudu besar color biru,  3 sudu besar color pink.
Dan begitu la seterusnya sehingga habis semua..

  mcm ni ler rupanya bila di taruk selang selinya

**pastu bakar la kt oven korang pd suhu 160 djh celsius dlm tempoh 1 jam..guna api bwh shj yer
**bakar dgn menggunakn teknik double boiler (ltkkn bekas yg ingin d bkr ini ke dlm 1 lg bekas berisi air panas)


 selamat mencuba..
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan